Select Page

3 Langkah Mencungkil Minat Sebagai Asas Kejayaan Bisnes Anda

3 Langkah Mencungkil Minat Sebagai Asas Kejayaan Bisnes Anda
Artikel ini ditulis oleh Safuan Borhan untuk blog beliau, Safuanborhan.com. Beliau merupakan pengasas syarikat pemasaran viral Virus Marketing Sdn Bhd dan mempunyai pengalaman yang luas dalam bidang keusahawanan & pemasaran. Beliau juga ada menyediakan tip-tip di sini.

 

Sebelum kita ingin ceburi satu bidang baru, antara perkara yang perlu kita ambil berat adalah pasal minat. Minat adalah satu keadaan dimana kita berasa puas untuk melakukan sesuatu aktiviti dengan:

 

  • gembira ketika melakukannya,
  • mudah
  • cemerlang apabila kita melakukan aktiviti tersebut.

 

Dikatakan minat itu datang apabila kita mempunyai bakat dalam aktiviti tersebut.

Bukankah kita dicipta oleh Pencipta untuk melakukan tugas-tugas tertentu di atas muka bumi ini? Dan untuk melakukan tugas itu, kita telah dilengkapi dengan ciri-ciri tertentu dan unik yang kita panggil sebagai bakat.

Ringkasnya, sekiranya kita mempunyai minat dalam sesuatu perkara, itulah tanda  positif untuk kita melaksanakan aktiviti tersebut.

Sebab yang paling penting adalah minat. Jika kita punyai minat tapi tiada bakat tidak mengapa. Ini kerana bakat boleh diasah atau dipelajari. Kadang-kadang, seseorang itu dijadikan mempunyai bakat yang hebat, tapi jika tiada minat pun susah juga bukan.

Jadi bagaimana kita ingin cari minat yang ada pada diri kita? Paling tidak kita boleh buat 3 perkara ini:

 

Platform Jual Beli Skil Berkaitan Bisnes Yang Pertama di Malaysia

Malaysia's Freelancing Platform for Business Related Skills Daftar Secara Percuma

1. Ujikaji

 

Buat ujikaji diri kita dahulu. Mungkin kita boleh buat ujian di online atau jumpa mana-mana pakar kaunseling. Hasilnya, secara tidak langsung kita akan ketahui minat, bakat dan juga potensi yang kita ada untuk bergiat dalam sesuatu aktiviti.

Jadi apabila kita sudah ketahui dimana kelebihan yang kita ada, kita hanya perlu ambil keputusan dan tetapkan sasaran pada bila-bila masa yang kita mahu.

Bila kita memulakan sesuatu perkara dengan minat, maka bakat akan muncul. Sekiranya kita dah ada sasaran, cuma tinggal mahu laksanakannya saja.

Kemudian teruskanlah dengan tekun, kerja keras, disiplin, rajin, bertanggungjawab serta beretika. Hal ini merupakan syarat yang perlu kita ada agar kita memperoleh hasil yang sesuai dengan apa yang telah diusahakan.

 

Baca Juga: 4 Bisnes Online Yang Anda Boleh Mula Tanpa Modal

 

2. Luaskan aktiviti

 

Pengalaman akan bertambah sekiranya kita perluaskan lagi aktiviti. Semakin banyak aktiviti yang kita buat ,semakin bertambah pegalaman dan pelajaran yang boleh kita ambil dari aktiviti tersebut.

Apabila kita melakukan banyak aktiviti, pada masa yang sama kita sebenernya belajar berdikari iaitu kita akan survive dan menacari jalan untuk selesaikan sesuatu masalah

Antara aktiviti yang boleh kita libatkan diri adalah seperti mengikuti kegiatan sosial, ikuti seminar, mengikuti latihan dan sebagainya yang mana mendatangkan manfaat dan faedah kepada kita.

Dengan itu, kita akan dapat pastikan diri kita minat ke arah mana. Mungkin dalam bidang keusahawanan, pendidikan dan banyak lagi.

 

Baca Juga: 5 Perkara Yang Anda Perlu Elak Ketika Baru Mula Berniaga

 

3. Menjadi ahli baru

 

Aktifkan diri kita dengan menjadi ahli baru bagi mana-mana organisasi. Mungkin bunyinya agak susah. Tapi dengan cara ini juga kita boleh tentukan minat kita.

Nikmatilah setiap ilmu yang kita ada dengan menjadi mana-mana ahli. Nikmati setiap prosesnya sehingga kita lebih peka dan kita boleh tahu apa minat kita yang paling dominan dalam sesuatu perkara.

 

Sudah kenal pasti minat anda? Minat pada bidang keusahawanan? Kalau ada yang kena mengena dengan skil-skil seperti konsultansi, dokumentasi, rekaan kreatif, pemasaran, teknologi mahupun penulisan anda boleh daftar secara PERCUMA di sini.

 

About The Author

Safuan

Pengasas VirusMarketing, RSG Ventures Dan Farerra Resources. #RekoValley

Leave a reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Subscribe with Us!

Recent Tweets

Langgani Newsletter Bantu.my Secara PERCUMA

Langgani Newsletter Bantu.my Secara PERCUMA

 

Sertai senarai langganan kami untuk menerima berita, tawaran dan updates dari kami.

Anda Telah Berjaya Melanggan Secara Percuma!