Select Page

6 Sikap Yang Perlu Anda Ada Untuk Menjadi Freelancer Yang Berjaya

6 Sikap Yang Perlu Anda Ada Untuk Menjadi Freelancer Yang Berjaya

Freelancer moden bukan lagi membawa maksud seseorang yang melakukan kerja-kerja secara sambilan sahaja; kini istilah freelancer juga merujuk kepada sesetengah golongan yang menjual skil mereka secara sepenuh masa dan secara professional tanpa menjadi pekerja untuk firma-firma tertentu.

Namun, tidak kira jika anda mahu menjana wang melalui skil anda secara sambilan mahupun professional — anda perlu mempunyai sikap-sikap tertentu untuk menjadi seorang freelancer yang berjaya. Dengan sikap yang betul, aktiviti menjana wang tambahan melalui skil anda boleh menjadi satu kerjaya yang menguntungkan.

 

Platform Jual Beli Skil Berkaitan Bisnes Yang Pertama di Malaysia

Malaysia's Freelancing Platform for Business Related Skills Daftar Secara Percuma

1. Sabar & Steady

 

Sejujurnya, kalau anda baru sahaja memulakan langkah pertama anda dalam dunia freelancing, ia akan mengambil masa sebelum anda akan mendapat klien pertama dan membina reputasi anda. Ada sebabnya mengapa kami di Bantu.my juga membantu anda dalam memasarkan skil-skil anda kepada orang ramai.

 

2. Teliti Dalam Penyediaan Portfolio Anda

 

Portfolio merupakan sales pitch sebenar anda. Tapi bagaimana jika anda belum pernah mendapat apa-apa projek sebelum ini? Anda boleh tunjukkan hasil kerja yang anda lakukan di waktu lapang sebagai hobi.

Sebenarnya, kunci kejayaan portfolio anda adalah ketelitian dan usaha yang dicurahkan dalam penyediaan portfolio tersebut. Sebagai contoh, susunan ayat yang belas dan gambar atau illustrasi yang cantik. Anda juga perlu sentiasa meng-update portfolio anda apabila anda telah menyiapkan kerja untuk pelanggan anda.

 

Baca Juga: 10 Perkara Usahawan Wajib Memberi Komitmen Sepenuhnya

 

3. Tidak Terlalu Berkira (Dengan Diri & Pelanggan)

 

Sebagai seorang freelancer, anda perlu sering memberi yang ekstra kepada pelanggan anda. Sebagai contoh, jika anda seorang penjual di platform Bantu.my dan anda menetapkan hanya 5 kali modifikasi dibenarkan — tak salah jika anda memberi 7 – 8 modifikasi untuk membuatkan pelanggan anda gembira.

Selain itu, anda perlu bersedia untuk meluangkan lebih masa untuk menyiapkan kerja anda dengan kualiti yang tinggi.

 

4. Membina & Memanfaatkan Saluran Media Sosial

 

Jangan pandang rendah akan potensi media sosial. Walaupun akaun FB anda hanya mempunyai 100 rakan sahaja, anda masih perlu berkongsi mengenai khidmat anda kerana rakan anda juga mempunyai rakan-rakan lain yang mungkin memerlukan khidmat anda.

Anda juga perlu memanfaatkan platform-platform yang betul. Sebagai contoh, jika anda menawarkan skil membuat audit di Bantu.my, anda boleh kongsi pautan portfolio anda di grup-grup keusahawanan.

 

Baca Juga: 5 Tip Menarik Pelanggan Melalui Media Sosial

 

5. Bina Rangkaian Networking Anda

 

Antara teknik pemasaran offline yang paling berkesan ialah dengan membina rangkaian network anda. Dengan menghadiri pelbagai event atau workshops bisnes, anda berpeluang menemui lebih ramai kenalan baru. Sudah tentu anda juga akan bertemu dengan prospek baru.

 

Baca Juga: 4 Cara Membina Network Anda Sebagai Freelancer

 

6. Pastikan Penerangan Anda Jelas

 

Di era media sosial dan Internet, ada kemungkinan anda akan berkomunikasi melalui teks lebih dari bersua muka dengan pelanggan anda. Jadi, pastikan penjelasan anda sentiasa jelas dan tidak mengelirukan.

 

 

About The Author

Bantu Team

To contribute articles, email us at marketing@bantu.my

Leave a reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Subscribe with Us!

Recent Tweets

Langgani Newsletter Bantu.my Secara PERCUMA

Langgani Newsletter Bantu.my Secara PERCUMA

 

Sertai senarai langganan kami untuk menerima berita, tawaran dan updates dari kami.

Anda Telah Berjaya Melanggan Secara Percuma!