Select Page

9 Tingkah Laku Yang Membahayakan Kerjaya Anda

9 Tingkah Laku Yang Membahayakan Kerjaya Anda

Dengan peningkatan tahap teknologi dan pelajaran, peluang pekerjaan menjadi semakin sempit dan kebanyakan syarikat atau majikan menuntut prestasi yang lebih tinggi daripada pekerja.

Tambahan pula, terdapat lebih 100,000  graduan universiti yang menganggur di negara ini menurut Euromonitor International, sebuah badan statistik antarabangsa. Oleh itu, bagi anda yang mempunyai pekerjaan tetap atau baru memulakan pekerjaan, anda perlu meningkatkan daya saing. Lebih-lebih lagi dengan kenaikan kadar keperluan hidup seharian.

Di sini kami paparkan 9 tingkah laku yang membahayakan kerjaya anda. Tingkah laku atau tabiat ini tidak bermakna akan dipecat dengan segera tetapi boleh memberi gambaran kepada majikan anda bahawa anda tidak layak menerima bonus, kenaikan pangkat atau lebih teruk; anda boleh dijadikan kambing hitam & digantikan dengan pekerja yang baru.

 

Platform Jual Beli Skil Berkaitan Bisnes Yang Pertama di Malaysia

Malaysia's Freelancing Platform for Business Related Skills Daftar Secara Percuma

1. Terlalu Mengira Masa

 

Ini termasuklah meninggalkan tempat kerja sebelum waktunya dan menyiapkan tugasan secara perlahan dengan sengaja untuk mengelakkan diberi tugasan tambahan yang baru. Tabiat ini memberi mesej yang negatif kepada majikan dan ia menunjukkan bahawa anda hanyalah pekerja yang ‘cukup makan’ dan tidak serius dengan tugasan anda.

 

2. Sentiasa Menutup Sebelah Mata

 

Pekerja yang tidak pernah melaporkan masalah atau memberi cadangan akan dianggap tidak peka dan mahu lepas tangan terhadap segala perkara.

 

3. Memberitahu Maklumat Sulit

 

Tingkah laku ini termasuk memberi maklumat kepada bakal majikan baru semasa temuduga, berkongsi di laman sosial atau menjadikan bahan perbualan dengan rakan sekerja atau rakan di luar. Kebanyakan maklumat syarikat adalah sulit dan anda boleh terdedah kepada risiko dibicara di mahkamah atau disaman.

 

4. Memburukkan Majikan atau Tempat Kerja di Laman Sosial

 

Mengeluh atau memburukkan majikan, tempat kerja ataupun sesi temuduga merupakan antara sebab utama pekerja dipecat. Hati-hati dengan apa yang anda kongsi di laman sosial kerana di era ini, semua orang mempunyai laman sosial termasuk majikan anda.

 

5. Menggunakan Kemudahan Syarikat Untuk Tujuan Peribadi

 

Telefon, faks, komputer, telefon pintar dan kenderaan syarikat merupakan hak syarikat dan diamanahkan kepada anda untuk tujuan kegunaan yang berkait dengan tugasan atau pekerjaan anda. Kebanyakan hak syarikat terutamanya alat komunikasi dilengkapi dengan sistem merekod tanpa anda sedari.

 

6. ‘Mencuri Tulang’

 

Melayari internet, membuka Facebook, menonton Youtube atau bermain Clash of Clans dan lain-lain activiti hiburan di tempat kerja dianggap sebagai ‘mencuri tulang’ dan anda boleh dikenakan amaran atau tindakan bersyarat daripada majikan.

 

7. Sentiasa Bersikap Negatif

 

Sikap dan pemikiran yang negatif boleh mempengaruhi persekitaran di tempat kerja dan orang-orang di sekeliling anda. Pekerja yang bersikap negatif dipandang sebagai kanser oleh kebanyakan majikan.

 

8. Melawan Majikan Secara Terbuka di Khayalak Ramai

 

Jika anda tidak bersetuju dengan majikan, lakukannya secara tertutup dan bukan di khalayak ramai. Jika anda mempunyai masalah dengan penyelia atau pengurus, cuba berbincang dan menyelesaikan masalah secara professional dan tidak mengikut emosi.

 

9. Berbual Mengenai Gaji 

 

Kebanyakan majikan menganggap gaji atau pendapatan setiap pekerja sebagai perkara peribadi dan sulit. Terlalu banyak membincangkan mengenai gaji di antara rakan sekerja akan dipandang sebagai tidak berpuas hati, iri hati atau bersikap negatif.

 

About The Author

Bantu Team

To contribute articles, email us at [email protected]

Leave a reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Subscribe with Us!

Recent Tweets

Langgani Newsletter Bantu.my Secara PERCUMA

Langgani Newsletter Bantu.my Secara PERCUMA

 

Sertai senarai langganan kami untuk menerima berita, tawaran dan updates dari kami.

Anda Telah Berjaya Melanggan Secara Percuma!