Select Page

Bantu.my Update Mingguan | 11.5.2016 | #008

Bantu.my Update Mingguan | 11.5.2016 | #008

Platform jual beli secara online untuk skil-skil berkaitan bisnes yang pertama di Malaysia. Dalam versi bahasa Inggeris ialah ‘Malaysia’s First Open Marketplace for Business Related Skills‘. Ini adalah headline yang kami tetapkan sempena pelancaran platform jual beli versi BETA kami pada 1 April yang lalu.

Sudah hampir 3 bulan semenjak saya menulis untuk siri Bantu.my Update Mingguan ini dan akhirnya saya berpeluang untuk kembali menyambung siri ini.

Terdapat banyak perubahan & pembaharuan yang telah kami sertakan dalam versi BETA ini. Ia merangkumi bukan sahaja untuk platform jual beli malah beberapa upgrade yang ketara boleh anda lihat dalam homepage dan blog kami.

Jadi kali ini saya akan membawa anda melalui walkthrough atau tunjuk ajar ringkas untuk beberapa pembaharuan yang telah kami sertakan untuk versi BETA ini:

 

1. Platform Jual Beli (Marketplace) – BETA

 

BETA bermaksud masih dalam percubaan tetapi sudah bersedia untuk diaplikasikan. Ibarat lesen ‘P’ bagi pemandu baru. Tetapi dengan bantuan melalui feedbacks anda semua, sepanjang 1-3 bulan tempoh BETA ini kami boleh mengumpul maklumat yang penting untuk kami sertakan dalam versi penuh nanti 🙂

Antara pembaharuan paling ketara ialah rupa dan feel marketplace kami. Jom kita tengok perbandingan:

 

Wajah Lama Versi ALPHA

Wajah Baru Versi BETA

 

 

Selain dari rupa bentuk, banyak perubahan dan penambahan dari segi fungsi dalam versi BETA ini berbanding dengan versi yang terdahulu. Antara fungsi-fungsi baru yang diperkenalkan dalam versi BETA ini adalah:

 

  1. Proses pendaftaran berbeza antara Pembeli (Buyer) & Penjual (Seller).
  2. Sistem ratings daripada Pembeli untuk Penjual.
  3. Sistem komen (review) dua hala selepas pembelian dilengkapkan.
  4. Susunan kategori & sub-kategori yang lebih teratur.
  5. Profil Penjual dan portfolio Kerja yang lebih interaktif.
  6. .. Dan banyak lagi upgrades lain yang telah ada serta yang bakal diperkenalkan.

 

Insyaallah, dalam masa terdekat ini kami juga akan memperkenalkan sistem Bahasa Melayu yang lebih lengkap. Selain itu, kami juga akan menyediakan tip-tip serta panduan kepada Penjual untuk mendapatkan potensi penuh jualan melalui Bantu.my. Tak lupa juga kepada Pembeli, kami akan menyediakan panduan, tip-tip serta tawaran yang best untuk anda semua.

 

 

2. Laman Utama (Homepage) & Blog Bantu.my

 

Homepage & blog kami juga telah menerima sentuhan baru dari segi rupa bentuk. Kini, hanya maklumat-maklumat ringkas dan yang berkaitan dengan syarikat kami sahaja dipaparkan dalam Homepage. Manakala blog pula kini lebih ke arah majalah digital berbanding dengan seperti yang terdahulu.

Homepage Wajah Baru

Blog Wajah Baru

 

Setakat ini sahaja pemberitahuan untuk Bantu.my Update Mingguan kali ini daripada saya. Banyak lagi benda yang saya ingin kongsi di masa-masa akan datang. Jika anda mahukan update terus ke emel anda, pastikan anda menjadi ahli di Bantu.my atau subscribe sahaja di blog ini. Semua ini PERCUMA tanpa sebarang kos kewangan 😉

 

Akhir kata, saya bagi pihak Bantu.my ingin mengucapkan jutaan terima kasih kepada anda semua yang telah mendaftar serta kepada semua pihak yang telah terlibat secara langsung atau tidak langsung dalam membantu kami dalam membangun sebagai sebuah platform jual beli skil berkaitan yang pertama di Malaysia.

Saya juga ingin berterima kasih terhadap semua sokongan yang telah ditunjukkan walaupun kami masih di peringkat BETA. Segala sokongan ini menjadi pembakar semangat kami di Bantu.my untuk kekal improve dalam menyediakan platform yang terbaik untuk anda semua.

 

About The Author

Zakwan

An entrepreneur who loves the endless possibilities of Internet and technology, enjoys good reads, good coffees & occasionally snowboarding.

Leave a reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Subscribe with Us!

Recent Tweets

Langgani Newsletter Bantu.my Secara PERCUMA

Langgani Newsletter Bantu.my Secara PERCUMA

 

Sertai senarai langganan kami untuk menerima berita, tawaran dan updates dari kami.

Anda Telah Berjaya Melanggan Secara Percuma!