Select Page

Bantu.my Update Mingguan | 30.1.2016 | #006

Bantu.my Update Mingguan | 30.1.2016 | #006

Kita bertemu lagi untuk sesi Bantu.my Update Mingguan dan mungkin ini update yang lebih pendek dari kebiasaannya. Ini disebabkan kebanyakan pelancaran naik taraf platform dan laman web kami akan dijangka siap pada bulan Mac.

 

Namun begitu, kami ada beberapa berita baik yang boleh kami kongsi bersama anda semua. Sebelum ini kami pernah memberitahu melalui emel mengenai usaha kami untuk mencari dana dengan menyertai beberapa pertandingan idea bisnes. Antaranya ialah CIP150 oleh Cradle Fund Sdn Bhd (Cradle) & SUPERB oleh Unit Peneraju Agenda Bumiputera (Teraju).

 

Setelah beberapa kali membuat permohonan akhirnya permohonan dana kami melalui Cradle telah diluluskan 🙂 dan kami harap dengan suntikan dana ini, ia membantu kami melangkah setapak kehadapan dalam mencapai matlamat kami untuk memberi nilai terbaik untuk anda semua.

 

Selain itu, ahli keluarga Bantu.my telah bertambah seorang lagi. Kami akan memperkenalkan ahli paling muda dan terbaru kami dalam update minggu hadapan. Seterusnya, untuk Bantu.my Update Mingguan yang akan datang kami ada beberapa sneak peek untuk proses naik taraf bagi platform jual beli kami.

 

Itu sahaja update pendek dari kami untuk minggu ini. Jangan lupa untuk mengikuti perkembangan kami di InstagramFacebook & Twitter.

 

P/S: Ramai orang yang terkena jangkitan batuk & selesema baru-baru ini. Kami harap anda semua menjaga kesihatan anda.

About The Author

Zakwan

An entrepreneur who loves the endless possibilities of Internet and technology, enjoys good reads, good coffees & occasionally snowboarding.

Leave a reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Subscribe with Us!

Recent Tweets

Langgani Newsletter Bantu.my Secara PERCUMA

Langgani Newsletter Bantu.my Secara PERCUMA

 

Sertai senarai langganan kami untuk menerima berita, tawaran dan updates dari kami.

Anda Telah Berjaya Melanggan Secara Percuma!