Select Page

Bantu.my Update Mingguan | 23.1.2016 | #005

Bantu.my Update Mingguan | 23.1.2016 | #005

Kelemahan terbesar kita semua ialah sifat mengalah. Satu-satunya cara untuk berjaya ialah untuk sentiasa mencuba satu kali lagi – Thomas Edison, pencipta mentol lampu 

 

khirnya saya mempunyai masa untuk menulis update terbaru dari kami. Salah satu azam saya ialah untuk menulis di ruangan ini tepat pada setiap minggu. Semenjak bulan November yang lalu, terlalu banyak perkara yang terjadi dalam masa yang sangat singkat.

 

Jadi untuk update kali ini, saya akan berkongsi beberapa perkembangan dari kami iaitu perkembangan syarikat dan juga perkembangan pembangunan platform kami.

 

Bagi anda yang mengikuti akaun kami di Instagram, anda pasti tahu yang kami menyertai beberapa program untuk mendapatkan suntikan dana bagi menjayakan progres untuk menaik taraf platform kami ke tahap Beta.

 

Selain itu, kami juga baru berpindah lokasi pejabat operasi kami. Sebelum ini, pejabat operasi kami beralamat di Wisma Central, Jalan Ampang dan kini, lokasi pejabat operasi kami adalah di Plaza Damansara, Damansara Heights. Butiran alamat kami di laman web akan dikemas kini tidak lama lagi.

 

Platform Jual Beli, Blog & Laman Utama Bantu.my

 

Walaupun tarikh yang sepatutnya kami tetapkan untuk pelancaran versi Beta ialah pada bulan Disember yang lalu. Malangnya, beberapa cabaran yang kami tempuhi menyebabkan kelewatan dalam proses pembangunan ini.

Namun, kami tetap mencuba dan bertungkus-lumus untuk meneruskan usaha kami. Jadi, kami menjangkakan akan dapat melancarkan versi Beta pada bulan Mac ini. Sebenarnya, kata-kata di permulaan artikel ini merupakan salah satu dari pembakar semangat kami, selain daripada kepercayaan dan sokongan yang anda semua telah berikan.

Kami akan berkongsi sneak peek rupa platform beta kami di salah satu laman sosial media kami. Jadi pastikan anda teruskan mengikuti perkembangan kami.

 

Jumpa lagi pada ruangan update seterusnya dan terima kasih atas sokongan anda semua kepada kami.

About The Author

Zakwan

An entrepreneur who loves the endless possibilities of Internet and technology, enjoys good reads, good coffees & occasionally snowboarding.

2 Comments

  1. Salam. Saya suka konsep bantu.my yang moga bakal menjadi alternatif kepada Fiverr. Saya lama ikuti perkembangan bantu.my sejak sebelum pelancaran rasmi.

    Selalunya saya dapatkan job di Fiverr tapi cukai mereka hingga 20% mahal dan potong stim betul. Harapnya Bantu.my tidak charge sebanyak itu.

    Hopefully bantu.my boleh tarik traffic banyak dan InsyAllah saya akan join sama

    Reply
    • Ahmad Zakwan

      Wassalam.

      Terima kasih atas sokongan tuan. Kami tidak charge sebanyak itu kerana kami memahami kapasiti rakyat Malaysia secara umumnya.

      Reply

Leave a reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Subscribe with Us!

Recent Tweets

  • The reasons might be quite surprising. New business owners, please take note. fb.me/4Lbd4QIDD
  • Thank you to the Bantu Sellers who attended our [email protected] - Training, Tips & Sharing Session yesterday! As... fb.me/5BsDBsQQf
  • Thank you to the Bantu Sellers who attended our [email protected] - Training, Tips & Sharing Session yesterday!... fb.me/2qcjufHzo
  • RT @arinahinfadzah: Having a great sharing session with @BantuMY just now at Google MY HQ. Thank u for the amazing meals & contents by the…
  • UPDATE: We are sending out the invitation e-cards to the LUCKY 50! Check you inbox from today until Monday to... fb.me/uBTsNohJ
Langgani Newsletter Bantu.my Secara PERCUMA

Langgani Newsletter Bantu.my Secara PERCUMA

 

Sertai senarai langganan kami untuk menerima berita, tawaran dan updates dari kami.

Anda Telah Berjaya Melanggan Secara Percuma!