Select Page

7 Cara Facebook Boleh Membantu Bisnes Anda

7 Cara Facebook Boleh Membantu Bisnes Anda

Facebook kini telah menjadi laman media sosial yang paling popular di dunia. Menurut statistik ini, lebih dari 1.5 bilion pengguna di serata dunia telah menjadi pengguna untuk laman sosial tersebut. Di Malaysia juga, populariti Facebook tidak kurang hebatnya; populariti aplikasi smartphone Facebook berada di bawah aplikasi Whatsapp pada tahun 2014.

Dengan populariti yang tinggi, tidak hairanlah jika ia menjadi lumrah untuk pemilik bisnes memilih Facebook sebagai medium pemasaran sosial yang utama selain Instagram & Whatsapp.

Namun begitu, adakah anda semua benar-benar tahu cara Facebook membantu bisnes anda? Jom kita tengok antara 7 cara Facebook boleh membantu bisnes anda:

 

Platform Jual Beli Skil Berkaitan Bisnes Yang Pertama di Malaysia

Malaysia's Freelancing Platform for Business Related Skills Daftar Secara Percuma

1. Anda Boleh Target Senarai Database Anda 

 

Sebenarnya, anda boleh membuat iklan FB anda khusus untuk dilihat oleh senarai emel yang anda pilih sahaja. Fungsi ini sangat berguna jika anda sudah mempunyai senarai emel atau database sendiri. Cara ini anda boleh gunakan apabila mahu membuat promosi, close sales dan lain-lain tujuan.

Setting ini boleh dilakukan dengan mudah melalui Facebook Ads Manager.

Tak tahu caranya? Boleh minta bantuan pakar-pakar di sini.

 

Kredit Imej: Boostlikes.com

2. Buat Pertandingan Bersama Melalui Facebook

 

Satu lagi cara Facebook boleh memberi menfaat kepada bisnes anda adalah dengan membuat ‘cross contest‘ atau pertandingan bersama. Anda boleh membuat kerjasama dengan Page FB yang lain untuk mengadakan sesuatu pertandingan melalui Facebook.

Dengan cara ini, anda boleh mencapai potensi pasaran yang baru dan lebih meluas.

 

Baca Juga: Iklan FB Ads Anda Tak Lulus? Ketahui Mengapa Di Sini

 

3. Memasang ‘Custom Tabs’ Untuk FB Page Anda

 

Bukan sahaja anda boleh mengubah-suai kedudukan tab-tab dalam FB Page anda. Malah, anda juga boleh memasang Custom Tabs untuk integrasi dengan sistem eCommerce dan lain-lain.

Jika anda tidak mempunyai kemahiran teknikal untuk melakukan perkara ini, anda boleh mendapatkan bantuan dari sini.

 

Kredit Imej: Bantu.my FB

4. Fungsi Video & Playslist Yang Lebih Efektif

 

Antara fungsi paling popular di kalangan pengguna Facebook ialah fungsi upload video dan membuat playlist anda sendiri. Antara kelebihan berkongsi video di FB Page anda ialah user interface atau fungsi rupa pemain media di Facebook adalah lebih mudah, mesra pengguna & professional berbanding Vimeo atau Youtube.

 

Baca Juga: 7 Taktik Menaikkan Reach Facebook Anda Secara Organik

 

5. Memudahkan Proses Khidmat Pelanggan

 

Satu lagi cara Facebook membantu menaikkan prestasi bisnes anda adalah dengan kepelbagaian fungsi yang memudahkan proses khidmat pelanggan anda. Bukan sahaja anda boleh menilai prestasi jangkauan dan minat followers FB Page anda, anda juga boleh berhubung melalui messenger dan membalas komen mereka.

 

Kredit Imej: Etherspeak.com

6. Mensasarkan FB Page Anda Kepada Likers Yang Hampir Serupa

 

Facebook sebenarnya mengumpul data mengenai pengguna-pengguna laman sosial tersebut. Jadi, mereka dapat mengenali likers FB Page lain yang dalam industri atau skop yang sama dengan FB Page anda. Ini dapat memudahkan anda dalam mendapatkan lebih banyak likes dan followers.

 

7. Analisa Likers & Prestasi FB Page Anda

 

Ini merupakan antara fungsi terbaik yang membuatkan Facebook menjadi pilihan Internet Marketer berbanding media sosial yang lain. Melalui fungsi Audience Insight, anda dapat mengetahui análisis penting untuk prestasi FB Page anda. Selain itu, anda juga boleh mengetahui data-data penting seperti waktu paling sesuai untuk berkongsi post.

Jika anda mahu membuat strategi pemasaran Facebook yang lebih berkesan, anda boleh lihat di sini.

 

About The Author

Bantu Team

To contribute articles, email us at [email protected]

Leave a reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Subscribe with Us!

Recent Tweets

Langgani Newsletter Bantu.my Secara PERCUMA

Langgani Newsletter Bantu.my Secara PERCUMA

 

Sertai senarai langganan kami untuk menerima berita, tawaran dan updates dari kami.

Anda Telah Berjaya Melanggan Secara Percuma!