Select Page

7 Fungsi Menarik Di Google Yang Memudahkan Aktiviti Anda

7 Fungsi Menarik Di Google Yang Memudahkan Aktiviti Anda
Artikel ini ditulis oleh Zulhilmi Zainudin untuk blog beliau, ProspekDigital.com. Beliau merupakan seorang pengasas bersama ProspekDigital.com dan pengasas BinaBlogDotComSendiri.com. Berpengalaman lebih 5 tahun dalam bidang pemasaran digital, WordPress & SEO.

 

Dalam melakukan aktiviti seharian di dalam bisnes, ada perkara yang kadang-kadang kita terlepas pandang, dimana perkara tersebut sebenar boleh dipermudahkan lagi dengan apa yang sedia ada di depan mata kita.

Contoh paling ringkas, Google.

Dengan beberapa langkah sahaja, anda sudah boleh mengakses Google serta mendapatkan pelbagai jenis maklumat di hujung jari anda.

Sebenarnya, Google bukan sahaja boleh berfungsi sebagai enjin carian, malah lebih dari itu.

Dan apa yang saya akan kongsikan hari ini adalah, beberapa aktiviti dalam bisnes anda yang anda boleh lakukan terus di Google, tanpa perlu pergi ke mana-mana pihak ketiga di Google.

Dengan kata lain, bila anda melakukan aktiviti-aktiviti ini, anda hanya perlu taip di Google (dengan menggunakan katakunci yang betul), dan hasilnya boleh didapati secara terus di Google SERP (Search Engine Results Page – keputusan carian), tanpa perlu klik kepada mana-mana ‘page’ di dalam keputusan carian tersebut.

 

Platform Jual Beli Skil Berkaitan Bisnes Yang Pertama di Malaysia

Malaysia's Freelancing Platform for Business Related Skills Daftar Secara Percuma

1. Membuat pengiraan

 

Tertinggal kalkulator di rumah ketika berjumpa klien di kopitiam?

Jangan risau, anda boleh gunakan fungsi kalkulator yang disediakan oleh Google.

Taip sahaja katakunci ‘calculator‘ dan anda akan dibentangkan dengan hasil seperti ini:

 

Fungsi menarik di google

Kredit Imej: Prospek Digital

 

Dari seringkas-ringkas pengiraan, sehinggalah kepada pengiraan yang kompleks, semuanya boleh dilakukan di kalkulator tersebut.

 

2. Terjemah perkataan bahasa Inggeris kepada Bahasa Melayu

 

Dan sebaliknya (namun bergantung kepada pemahaman perkataan Bahasa Melayu oleh Google – tidak semua perkataan boleh diterjemahkan).

Anda mungkin punyai pilihan untuk menggunakan perkhidmatan Google Translate, namun ada cara yang lebih pantas untuk melakukan terjemahan ini.

 

Tapi sahaja ‘translate [perkataan Bahasa Inggeris] to [Malay/English]’

 

Sebagai contoh, ‘translate charity to malay‘:

 

Baca Juga: 13 Fakta Menarik Google Yang Anda Mungkin Tidak Tahu

 

fungsi menarik di Google

Kredit Imej: Prospek Digital

 

Dan ‘translate makan to english‘:

 

Fungsi Menarik di Google

Kredit Imej: Prospek Digital

 

NOTA: Aktiviti ini sesuai untuk terjemahan kepada satu-satu perkataan sahaja, dan bukannya untuk ayat mahupun keseluruhan artikel.

 

Baca Juga: Google Translate: Bila Anda Perlu Guna & Bila Anda Perlu Elak?

 

3. Semak jadual penerbangan

 

Outstation  dan terlupa jadual ‘flight’ anda?

Taip sahaja nombor kapal terbang yang anda akan terbang bersama di Google, dan secara terus anda akan dipaparkan dengan jadual penerbangannya.

Sebagai contoh, saya akan ke Singapura dalam masa terdekat & nombor kapal terbang yang akan saya naik adalah ‘fy3511‘ daripada Fireflyz. Saya hanya taip nombor tersebut di Google dan ini hasilnya:

 

Fungsi Menarik di Google

Kredit Imej: Prospek Digital

4. Menyemak masa tempatan di satu-satu tempat

 

Adakalanya anda perlu menyertai ‘con-call’ dengan klien di negara luar, atau menyertai webinar atau Google hangout yang dihoskan oleh mereka di negara lain.

Dan waktu yang mereka tetapkan adalah waktu tempatan mereka, dan mungkin anda mempunyai kesukaran untuk mengetahui waktu sebenar jika disini.

Maka, fungsi di Google ini boleh dimanfaatkan untuk membantu anda menyelesaikan masalah ini.

Sebagai contoh, untuk mengetahui waktu semasa di US, anda bleh taip ‘local time in US‘:

 

Fungsi Menarik di Google

Kredit Imej: Prospek Digital

5.  Semak jarak & masa perjalanan dari lokasi A ke lokasi B

 

Fungsi ini akan membantu anda merancang masa perjalanan anda, lebih-lebih lagi jika anda ada ‘meeting’ dengan klien mahupun prospek bisnes anda.

Taip saja ‘distance from [lokasi A] to [lokasi B] di Google dan anda akan lihat maklumat seperti ini (contoh: distance from ampang to kajang):

 

Fungsi Menarik di Google

Kredit Imej: Prospek Digital

Dan jika anda klik kepada butang ‘expand’, anda akan lihat maklumat arah perjalan dengan lebih jelas (sama seperti fungsi ‘direction’ dalam Google Maps):

 

Baca Juga: 14 Fakta Menarik Tentang Mark Zuckerberg Dan Facebook

 

Fungsi Menarik di Google

Kredit Imej: Prospek Digital

6. Semak kadar tukaran mata wang asing dengan cepat

 

Minggu hadapan anda perlu ke Singapura untuk menghadiri konferens bisnes.

Dan anda perlu siap-siap sediakan wang secukupnya untuk perbelanjaan semasa disana.

Berapa banyak yang perlu disediakan? Dan berapa banyak perlu ditukar kepada mata wang Singapore Dollar?

Di Google, taip sahaja ‘convert [matawang A] to [matawang B]’. Sebagai contoh, convert SGD to MYR:

 

Fungsi Menarik di Google

Kredit Imej: Prospek Digital

7. Semak cuaca terkini di lokasi pilihan

 

Anda terima jemputan perkahwinan anak rakan bisnes anda di Shah Alam pada hujung minggu ini.

Dan anda perlu tahu samada cuaca di sana akan berpotensi hujan atau tidak, sebagai persediaan awal, bak kata pepatah “sediakan payung sebelum hujan”.

Taip sahaja ‘[lokasi pilihan] weather’ di Google. Sebagai contoh, saya menggunakan ‘Shah Alam weather‘:

 

Fungsi Menarik di Google

Kredit Imej: Prospek Digital

Google akan memaparkan jangkaan cuaca sehingga 7 hari akan datang dari hari anda melakukan carian tersebut.

=======

 

Tujuh cara yang saya kongsikan diatas, diharap sedikit sebanyak membantu ‘mempercepatkan’ aktiviti bisnes anda, sekaligus memaksimumkan penggunaan masa seharian anda.

Dan jika anda mempunyai sebarang tip-tip tambahan, boleh kongsikan dengan saya & pembaca artikel di ruangan komen dibawah. 🙂

About The Author

Zulhilmi Zainudin

Pengasas bersama ProspekDigital.com dan pengasas BinaBlogDotComSendiri.com.

1 Comment

  1. Pow3r lah abang ni

    Reply

Leave a reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Subscribe with Us!

Recent Tweets

Langgani Newsletter Bantu.my Secara PERCUMA

Langgani Newsletter Bantu.my Secara PERCUMA

 

Sertai senarai langganan kami untuk menerima berita, tawaran dan updates dari kami.

Anda Telah Berjaya Melanggan Secara Percuma!