Select Page

6 Tip Untuk Meningkatkan SEO Laman Web Bisnes Anda

6 Tip Untuk Meningkatkan SEO Laman Web Bisnes Anda

Antara kaedah atau teknik yang boleh menaikkan ranking laman web di hasil carian Google adalah melalui SEO. SEO atau Search Engine Optimisation adalah teknik-teknik yang digunakan untuk memastikan laman web anda berada pada posisi paling optimum dalam sistem enjin carian Google.

Sebagai contoh, apabila anda membuat carian kedai makan di tempat anda — hasil carian di muka pertama merupakan laman web yang diiktiraf sebagai optimum berdasarkan beberapa kriteria.

 

Jika anda tanya Internet Marketer (IM), sifu-sifu online serta membuat bacaan sendiri, anda akan mengenali istilah seperti keywords & backlinks.

Namun, SEO laman web sentiasa berubah dengan pantas. Kenapa? Ia disebabkan Google sentiasa menambah kriteria-kriteria tertentu dalam sistem mereka untuk menjadikan enjin carian Google menjadi lebih ‘pandai’.

Jadi, jom lihat beberapa tip yang sangat berguna jika anda mahu meningkatkan SEO laman web anda:

Platform Jual Beli Skil Berkaitan Bisnes Yang Pertama di Malaysia

Malaysia's Freelancing Platform for Business Related Skills Daftar Secara Percuma

1. Fahami faktor mana yang paling berkesan & yang kurang berkesan

 

Menurut syarikat pemasaran online, MOZ, terdapat beberapa perubahan dalam keberkesanan faktor-faktor yang mempengaruhi SEO laman web anda. Beberapa faktor seperti keberkesanan link yang dibayar telah turun sebanyak 55% pada tahun 2016. Begitu juga keberkesanan memasukkan pautan URL dalam teks kandungan laman web.

Antara faktor-faktor paling berkesan adalah memastikan laman web anda mobile-friendly (faktor keberkesanan meningkat sebanyak 88%) serta rekaan UI/UX dan susunan teks anda (meningkat sebanyak 67%). Selain itu, laman web yang mempunyai sokongan chat yang AKTIF juga merupakan antara faktor yang mempu meningkatkan SEO laman web.

 

Baca Juga: Senarai Soalan Sebelum Rekaan Laman Web (Template)

 

Kredit Imej: Dtw.co.uk

2. Pastikan laman web anda Mobile Friendly

 

 

Seperti yang dinyatakan di atas, jika laman web anda mesra paparan gajet mobil seperti smartphones & tablets, laman web anda akan lebih digemari oleh Google. Selain itu terdapat beberapa fakta menarik yang membuatkan laman web mobile-friendly menjadi sangat penting:

 

  • Menurut Neil Patel (seorang IM terkemuka) jumlah carian melalui gajet-gajet mobil meningkat sebanyak 43% setiap tahun.
  • 4 dari 5 pengguna menggunakan gajet mobil untuk membeli-belah secara online.
  • 70% dari carian melalui gajet mobil berakhir dengan tindakan oleh pengguna dalam tempoh sejam selepas mendapat hasil carian.
  • 1.2 billion orang melayari Internet melalui gajet mobil
  • 15% dari trafik laman web dunia adalah dari gajet mobil.

 

Jika anda mahu mendapatkan laman web yang mobile-friendly, kata kunci yang anda perlu tahu apabila berurusan dengan pembangun laman web anda adalah ‘responsive design‘.

 

3. Beri fokus kepada kemahuan pengguna

 

 

Apabila sistem enjin carian Google dinaik-taraf, ia kini lebih memahami trend dan kemahuan pengguna. Jadi, konten laman web anda perlu memberi lebih fokus kepada konteks yang menyeluruh. Ia berbeza dengan teknik SEO sebelum ini yang memberi fokus kepada kata kunci tertentu sahaja dalam konten laman web anda.

 

Baca Juga: 6 Cara Menjual Melalui Internet Yang Berjaya

 

SEO laman web

Kredit Imej: Alphaermis.gr

4. Beri fokus kepada unsur-unsur tempatan (localization)

 

 

Selain dari faktor mesra gajet mobil, satu lagi faktor yang sedang meningkat untuk SEO anda ialah dengan memberi fokus kepada unsur-unsur tempatan. Menurut Entrepreneur.com, ada beberapa sebab mengapa laman web yang mengetengahkan unsur tempatan dapat menarik lebih ramai pelanggan. Antaranya:

 

  • 50% dari pengunjung online sesebuah laman web akan mengunjungi premis/kedai tersebut.
  • 60% pengguna lebih percaya kepada iklan online yang mempunyai unsur tempatan.
  • 50% dari carian di gajet mobil adalah untuk mendapatkan arah ke premis/kedai tertentu.

 

5. Lebih panjang kandungan artikel anda, lebih bagus

 

 

Di zaman awal teknik SEO muncul, kebanyakan IM memberi had 200-250 patah perkataan untuk setiap artikel atau blog post. Kemudian, ia berubah menjadi 700 patah perkataan. Kini, Google memberi perhatian lebih kepada artikel yang mempunyai 2000 atau lebih patah perkataan.

Anda rasa ia terlalu panjang untuk ditulis? Apa kata anda upah penulis sambilan?

Kredit Imej: Wikimedia.org

6. Pastikan laman web anda selamat

 

 

Kebiasaannya, URL penuh sesebuah laman web berbentuk “http://www.lamanweb.com”. Tetapi, pernahkan anda melihat “https://www.lamanweb.com”?

Tambahan ‘S’ dalam URL bermaksud laman web itu dilengkapi dengan SSL iaitu sebuah ciri-ciri keselamatan tambahan untuk laman web. Enjin carian Google akan memberi rating SEO yang lebih baik kepada laman web yang mempunyai ciri-ciri keselamatan ini.

 

 

About The Author

Bantu Team

To contribute articles, email us at [email protected]

Leave a reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Subscribe with Us!

Recent Tweets

Langgani Newsletter Bantu.my Secara PERCUMA

Langgani Newsletter Bantu.my Secara PERCUMA

 

Sertai senarai langganan kami untuk menerima berita, tawaran dan updates dari kami.

Anda Telah Berjaya Melanggan Secara Percuma!