Select Page

Anda Mahu Mulakan Bisnes Walaupun (Hampir) Tiada Modal?

Anda Mahu Mulakan Bisnes Walaupun (Hampir) Tiada Modal?

Mungkin anda mempunyai idea bisnes unik atau anda ada keinginan untuk melancarkan bisnes anda sendiri dan melihat ia berkembang. Anda ada semangat yang kuat dan anda sanggup mengambil risiko seperti tidak bergaji untuk jangka masa tertentu. Tetapi, ada satu halangan yang hampir semua orang termasuk anda perlu tempuhi iaitu anda tiada modal untuk memulakan bisnes anda.

 

Baca Juga: Asas Kewangan Untuk Memulakan Bisnes Kecil (Bahagian 1)

 

Walaupun ketiadaan wang peribadi untuk memulakan bisnes merupakan satu cabaran yang agak besar, jangan biarkan ia menjadi penghalang kepada impian anda. Sebenarnya, ia tidak mustahil untuk anda memulakan dan mengembangkan bisnes sendiri — jika anda tahu cara-caranya.

 

Platform Jual Beli Skil Berkaitan Bisnes Yang Pertama di Malaysia

Malaysia's Freelancing Platform for Business Related Skills Daftar Secara Percuma

Kenapa Perlu Ada Modal Untuk Mula Berbisnes?

 

Antara perkara yang anda perlu salurkan wang dan modal anda ialah untuk:

 

Lesen & Permit

Sesetengah jenis bisnes memerlukan lesen atau permit yang tertentu untuk beroperasi. Lesen & permit mempunyai harga dan yuran tersendiri.

 

Bekalan atau Perkakas

Sesetengah bisnes memerlukan bahan mentah atau stok tertentu. Manakala sesetengah bisnes lain memerlukan alat & perkakas tertentu seperti mesin, peranti atau komputer.

 

Ruang Pejabat

Ini merupakan antara penyumbang tertinggi kepada kos anda. Ruang pejabat juga termasuk kos utiliti seperti Internet, bil lektril & bil air.

 

Langganan

Sesetengah bisnes memerlukan anda melanggan dokumen atau maklumat tertentu.

 

Kos Operasi

Kos kesuluruhan untuk beroperasi termasuk pemasaran.

 

Kos Perundangan

Kos-kos seperti khidmat guaman, perlindungan harta intelek dan lain-lain.

 

Pekerja atau Kotraktor

Untuk sesetangah bisnes, anda perlu mengupah pekerja atau kontraktor untuk membantu anda.

 

_______

 

Secara kesimpulannya, anda ada dua jalan penyelesaian jika anda mahu memulakan bisnes dengan modal yang kecil: samada anda perlu mengurangkan kos atau menambah modal melalui pelaburan dari luar.

 

Berikut adalah 3 pilihan yang anda boleh cuba:

 

Kredit Imej: Sip-Sourcing.co.uk

# Pilihan Pertama: Pilih Apa Yang Paling Penting Dahulu

Pilihan pertama yang anda boleh cuba jika anda tiada modal untuk berrines ialah memotong kos keperluan anda. Sebagai contoh, jika anda tiada modal untuk mengupah pekerja, anda perlu menjadi pekerja tunggal bagi bisnes anda terlebih dahulu.

Jika anda tiada modal untuk ruang pejabat, anda boleh memulakan bisnes dari rumah atau menyewa ‘co-working space’. Begitu juga dengan bahan mentah, anda boleh membuat ‘homework’ terlebih dahulu dan cari pembekal yang paling murah di pasaran.

 

# Pilihan Kedua: ‘Bootstrap’ atau Mulakan Langkah Kecil

 

Pernah dengar pepatah, “sedikit lama-lama jadi bukit”? Jika anda tiada modal untuk memulakan ‘full-fledged’ bisnes, anda boleh melakukannya dengan skala kecil seakan-seakan ‘warm up’.

Sebagai contoh, jika anda tidak mampu mengupah pekerja untuk membangunkan laman web e-commerce anda, anda boleh memulakan bisnes dengan membuat blog mengenai produk yang anda mahu jual.

Teknik ‘bootstrap’ ini selalunya akan memberi anda pulangan yang sangat rendah dan memakan masa untuk meluaskan bisnes anda. Namun, teknik ini dapat mengajar anda untuk mengecilkan skop pemasaran dan memahami sasaran pelanggan anda dengan lebih mendalam.

 

Baca Juga: 20 Cara Usahawan Boleh Menjimatkan Bajet Bisnes (Bhg. 1)

 

Kredit Imej: Actioncoach.co.za

# Pilihan Ketiga: Dapatkan Bantuan Dari Luar

 

Pilihan ketiga anda ialah untuk mendapatkan suntikan dana dari pihak luar. Terdapat pelbagai cara yang anda boleh lakukan. Berikut adalah cadangan jenis dana dan pihak untuk bisnes anda:

 

Keluarga & Rakan-Rakan 

Jangan sangka keluarga atau rakan-rakan anda tidak boleh membantu anda. Walaupun mereka tidak mempunyai jumlah wang seperti yang anda perlukan, anda boleh mengumpul dana dari seberapa ramai ahli keluarga atau rakan-rakan yang mahu membantu anda.

 

Pelabur ‘Angel

Pelabur ‘angel‘ merupakan terma untuk individu yang kaya dan mahu membantu bisnes-bisnes yang berada di peringkat awal. Kebiasaannya, pelabur jenis ini akan melaburkan wang dengan syarat mereka mendapat bahagian tertentu dalam hak milik bisnes anda.

 

Venture Capitalist

Venture capitalist adalah seperti pelabur ‘angel‘ coma kebiasaannya venture capitalist datang dalam bentuk organisasi dan mensasarkan bisnes yang telah beroperasi.

 

Crowdfunding 

Crowdfunding merupakan platform untuk orang ramai menyumbang dana kepada idea bisnes anda dan anda perlu memberi ganjaran yang menarik kepada penyumbang.

 

Geran Kerajaan & Pinjaman

Terdapat pelbagai jenis geran atau pinjaman dari pihak Kerajaan & Kerajaan Negeri di negara ini.

 

Dapatkan nasihat dan tunjuk ajar untuk mendapatkan geran di sini.

 

Pinjaman Bank 

Jika kredit anda dalam peringkat yang cemerlang, tidak susah untuk anda mendapatkan pinjaman.

 

Baca Juga: Do You Need Funding? Here are 7 Ways of Funding Your Startup (English Article)

 

 

Dengan salah satu dari 3 pilihan ini, kami pasti anda mampu membina bisnes anda walaupun anda pada asalnya tiada modal yang mencukupi. Semoga berjaya!

About The Author

Bantu Team

To contribute articles, email us at [email protected]

Leave a reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Subscribe with Us!

Recent Tweets

Langgani Newsletter Bantu.my Secara PERCUMA

Langgani Newsletter Bantu.my Secara PERCUMA

 

Sertai senarai langganan kami untuk menerima berita, tawaran dan updates dari kami.

Anda Telah Berjaya Melanggan Secara Percuma!